Jumaat, 16 September 2011

Meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-54 dan Hari Malaysia yang diadakan serentak 16 September 2011


Salam hormat,
Tanggal 16 September setiap tahun telah ditetapkan sebagai Hari Malaysia bagi mengingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 pada tarikh yang sama. Istimewanya pada tahun 2011 ini, Hari Malaysia bakal disambut serentak bersama sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 kerana kebetulan pada 31 Ogos tahun 2011 ini jatuh pada musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri).
Semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum perlu menunjukkan sifat patriotik mereka dengan menghadiri sambutan Malaysia #Merdeka54 tersebut dan pada masa yang sama ia dapat memberi kesedaran kepada semua agar menghargai keamanan negara yang dikecapi selama ini.

Hayatilah Erti Sebenar Kemerdekaan

Tahukah kita apa itu Kemerdekaan? Merdeka bererti bebas, akan tetapi bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal malahan meliputi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Menyorot kembali perjuangan generasi terdahulu yang berusaha mencapai kemerdekaan bangsa dan negara dengan pelbagai cara yang pada mulanya bermula secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Kemerdekaan Malaysia bukanlah diperoleh dengan mudah sebaliknya menuntut pengorbanan masa, tenaga dan juga darah. Semuanya semata-mata mahukan sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Tanyakan kembali diri kita? Merdekakah kita? Selepas 54 tahun negara mencapai Kemerdekaan, adakah kita benar-benar memahami erti sebenar Kemerdekaan?

Cabaran Generasi Baru Pasca Merdeka

Menyelami erti sebenar Kemerdekaan dan perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu, cabaran generasi baru Pasca Merdeka juga tidak kurang hebatnya. Biarpun negara telah 54 tahun mencapai kemerdekaan, namun tidak bermakna kita tidak boleh dijajah kembali. Mungkin ianya berlaku tanpa kita sedari yakni secara halus melalui pemikiran dan gaya hidup kita masa kini.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan dengan memperkasakan bangsa yang merdeka. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.
Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Menyedari cabaran getir yang dihadapi generasi baru pasca Merdeka, pelbagai transformasi demi transformasi perlu dilakukan demi memastikan generasi muda yang bakal memimpin negara nanti meneruskan kecemerlangan yang dicapai sekaligus memperkasakan minda dan pemikiran bangsa yang merdeka. Hanya dengan cara itulah yang akan mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini demi sebuah negara yang aman dan merdeka.
Tepatlah Tema Hari Kemerdekaan ke 54 kali ini, ‘1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera‘. Gagasan 1Malaysia pimpinan kerajaan berusaha gigih menjadikan negara merdeka ini maju dan moden melalui transformasi demi transformasi yang dilakukan. Namun, hanya Transformasi yang berjaya yang mampu menjadikan Rakyat kekal aman dan sejahtera.
Merdeka tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja sebaliknya hayatilah erti sebenar kemerdekaan dan perjuangan generasi terdahulu demi mengekalkan kehidupan pasca merdeka yang aman dan sejahtera. Percayalah, mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan. Itulah realiti Cabaran Anak Pasca Merdeka.
Pengisytiharan Kemerdekaan Meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 54 dan Hari Malaysia yang diadakan serentak 16 September 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

******************************************
Cabaran Malaysia Merdeka54 Denaihati eQurban Meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 54 dan Hari Malaysia yang diadakan serentak 16 September 2011“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com
******************************************


Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/meriahkan-sambutan-hari-kemerdekaan-negara-ke-54-dan-hari-malaysia-yang-diadakan-serentak-16-september-2011/#ixzz1Y4yhzWuE

Selasa, 13 September 2011

PESANAN BUAT PELAJAR YANG INGIN BERJAYA



PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1. Pelajar cemerlang patuh dan taat pada perintah Allah setiap masa.

-                      Tidak pernah mengabaikan solat lima waktu
-                      Bangun pagi selepas mandi, tunaikan solat subuh dahulu
-                      Pulang dari sekolah tunaikan solat zohor
-                      Sebelum keluar bermain solat asar dahulu
-                      Sebelum makan malam solat maghrib
-                      Sebelum tidur tunaikan solat isyak

2. Pelajar cemerlang menghormati dan menyayangi kedua ibubapa

-                      Tidak pernah derhaka
-                      Sentiasa ringankan tulang menolong kedua ibubapa
-                      Bercakap sopan dan tidak meninggikan suara
-                      Nasihat dan teguran ibubapa diterima dan berterima kasih diatas teguran

3. Pelajar cemerlang menghormati guru yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar

-                      Bersemangat untuk belajar
-                      Datang awal ke sekolah
-                      Sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
-                      Tidak malu bertanya
-                      Sentiasa bersedia menolong guru

4. Pelajar cemerlang amat menghargai masa

-                      Jarang menggunakan masa dengan kegiatan tidak berfaedah
-                      Mengunakan masa terluang dengan membaca dll
-                      Tahu masa amat bernilai sekali

5. Pelajar cemerlang mempunyai sifat serta peribadi yang terpuji lagi dihormati

-                      Pelajar yang mudah didampingi dan disenangi rakan
-                      Tidak suka menyombong diri
-                      Sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan Nya
-                      Tahu bahawa kepandai adal;ah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa
-                      Tidak kedekut ilmu
-                      Tahu setiap pertolongan kepada orang lain akan diberi ganjaran oleh Allah


SOURCE:http://ahlulzikr.blogspot.com/2011/09/pesanan-buat-pelajar-yang-ingin-berjaya.html

Isnin, 12 September 2011

Isnin, 29 Ogos 2011

Hari Raya 2011


KEPUTUSAN CERAPAN HILAL SYAWAL 1432H DI MALAYSIA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan

KEPUTUSAN CERAPAN HILAL SYAWAL 1432H DI MALAYSIA

 
Sukacita dimaklumkan bahawa cerapan hilal telah dilakukan di dua puluh sembilan (29) tempat cerapan hilal di Malaysia pada 29 Ramadan 1432 Hijriah bersamaan 29 Ogos 2011 Miladiah (Isnin).
 
2.       Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan 1 Syawal 1432Hijriah jatuh pada hari Selasa  bersamaan dengan 30 Ogos 2011.
 
Sekian, wassalam.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menurut perintah,
 
(HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
__________________________________________________________________________________________

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 
Dear Sir, 

HILAL OBSERVATION RESULT IN MALAYSIA

 
We are pleased to inform you that the sighting of hilal has been carried out on 29 Ramadan 1432/29thAugust 2011(Monday) at 29 places.
 
2.       The Keeper of the Ruler’s Seal ( Malaysia ), after the approval by His Majesty The Yang di-Pertuan Agong had proclaimed that the 1st Syawal 1432Hijriah shall fall on Tuesday, 30th August 2011.
 
Thank you.
 
Yours Sincerely,
 
(HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA)
Director Manager
Department of Islamic Development Malaysia