PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
1. Pelajar cemerlang patuh dan taat pada perintah Allah setiap masa.
- Tidak pernah mengabaikan solat lima waktu
- Bangun pagi selepas mandi, tunaikan solat subuh dahulu
- Pulang dari sekolah tunaikan solat zohor
- Sebelum keluar bermain solat asar dahulu
- Sebelum makan malam solat maghrib
- Sebelum tidur tunaikan solat isyak
2. Pelajar cemerlang menghormati dan menyayangi kedua ibubapa
- Tidak pernah derhaka
- Sentiasa ringankan tulang menolong kedua ibubapa
- Bercakap sopan dan tidak meninggikan suara
- Nasihat dan teguran ibubapa diterima dan berterima kasih diatas teguran
3. Pelajar cemerlang menghormati guru yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar
- Bersemangat untuk belajar
- Datang awal ke sekolah
- Sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
- Tidak malu bertanya
- Sentiasa bersedia menolong guru
4. Pelajar cemerlang amat menghargai masa
- Jarang menggunakan masa dengan kegiatan tidak berfaedah
- Mengunakan masa terluang dengan membaca dll
- Tahu masa amat bernilai sekali
5. Pelajar cemerlang mempunyai sifat serta peribadi yang terpuji lagi dihormati
- Pelajar yang mudah didampingi dan disenangi rakan
- Tidak suka menyombong diri
- Sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan Nya
- Tahu bahawa kepandai adal;ah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa
- Tidak kedekut ilmu
- Tahu setiap pertolongan kepada orang lain akan diberi ganjaran oleh Allah
SOURCE:http://ahlulzikr.blogspot.com/2011/09/pesanan-buat-pelajar-yang-ingin-berjaya.html
SOURCE:http://ahlulzikr.blogspot.com/2011/09/pesanan-buat-pelajar-yang-ingin-berjaya.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan