Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara
1. Islam - orang2 kafir tidak wajib berpuasa
2. Sampai umur - kanak2 yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa
3. Berakal (siuman) - orang gila tidak wajib berpuasa
4. Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
5. Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.
Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara
1. Islam - tidak sah puasa orang2 kafir dan orang murtad
2. Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz
3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang siang hari puasa
4. Berniat tiap-tiap malam
5. Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa
6. Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.
Antara hikmat-hikmat dan faedah-faedah berpuasa
ialah
- Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat2 yang banyak kepada hamba2Nya
- Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang2 yang susah menderita
- Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, haloba, hasad dan dengki
- Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian2 dalam perjuangan hidup
- Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah
- Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargai masa, kerana puasa mempunyai batas2 waktu yang tertentu
- Membersihkan anggota2 di dalam tubuh dari daki2 dan lemak2 makanan yang bekerja sepanjang tahun
- Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan2 lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.
ku mengharapkan ramadhan kali ini
penuh makna ...
penuh makna ...
-kura-kura-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan